Sunday, 22 October 2017

Sabah part II Kota Kinabalu, Tamparuli, Masjid, Muzium dan Pulau Sapi

 Throwback driving along the street at Kundasang...


Perjalanan turun dari Kundasang membawa kami ke satu tempat bernama Tamparuli. Keadaan badan penat membuatkan kami berbelah bahagi untuk menuju ke Tamparuli kerana perlu masuk ke satu simpang dari jalan utama Kundasang - Kota Kinabalu.

Ku gagahi juga, membelok ke simpang menuju Tamparuli, ingin menyaksikan sendiri apakah Jambatan Tamparuli itu benar - benar gah seperti lagunya? Lokasi terletak bersebelahan Pasar Tamparuli, jambatan ini diguna untuk penduduk kampung menuju ke seberang jambatan tersebut.

Untuk feel lebih lagi, saya cuba nyanyikan lagu tersebut diatas Jambatan Tamparuli yang begitu cantik dan kukuh dijaga rapi. Ya sememangnya Jambatan Tamparuli gagah tersegam indah.
Ikan dibawah Jambatan Tamparuli adalah bawah akta perikanan yang dilindungi. Lepas balik dari Sabah baru saya buat research. Sebab itu bilangan ikan banyak!

Bait-bait lagu ini berkenaan seorang gadis terlucut kasutnya di jambatan ini. Sebenarnya lagu sedih tapi melodinya indah. Jambatan ini sangat tinggi dari paras sungai, kepada yang gayat, good luck!
Beginning of the suspension bridge

Jambatan untuk laluan kereta mungkin tidak berpagar kerana mengelakkan kayu balak hanyut semasa banjir

Pandangan sisi
Nampak menarik, pisang tu montelnya
Kami sewa bilik di Tune Hotel.com, bilik kecil


Sebenarnya hotel ini berkongsi bangunan dengan  shopping mall agak besar, 1 Borneo

Hadapan shopping mall 1 Borneo

Bersiap untuk ke pulau
Wajib naik bot disini untuk menuju ke pulau-pulau berhadapan bandar Kota Kinabalu. Jesselton Point. Susah nak ambil gambar sini adalah jalan utama laluan selekoh sempit dan banyak kenderaan

Untuk safety, ambil gambar di bahagian dalam Jeti

Imported? Nice

Hajat dihati terus terjun ke lautan untuk snorkeling. Sebab itu berseluar pendek. Pengalaman lepas, tak perlu tukar persalinan, pakaian akan kering sendiri sambil lepak tepi pantai

Jeti Jesselton memang cantik


Cuba agak ikan cermin sebesar pinggan siap dibakar cuma Rm12! Amazing

Besar, murah, fresh, sedap, hanya Rm12

Pandangan Gunung Kinabalu dari Kota Kinabalu

Ini ialah Pulau Manukan, pulau ini bersaiz besar, tapi kelihatan cerun yang curam ke dasar laut. Untuk snorkeling, disarankan pergi ke Pulau Sapi, banyak aktiviti pantai disana. Terletak bersebelahan pulau Manukan

Kondominium bersebelahan Jesselton Point



Pulau Manukan

Pulau Sapi

Setalah dinasihatkan oleh penjual tiket, kami ke Pulau Sapi untuk beriadah

Cantik

Jeti Pulau Sapi

Air yang jernih

Crystal clear

Ikan bilis, anak ikan semua berenang bebas

Pulau Sapi


Tips, jika anda hendak melakukan aktiviti snorkeling, pastikan anda tiba awal di jeti, dan terus melakukan aktiviti snorkling, kerana, setelah beberapa jam berikutnya, kawasan pantai akan dipenuhi pelawat untuk snorkeling dan air akan menjadi sedikit kabur

Ikan karangan memang menanti ketibaan kami

Kali pertama bawa mak snorkeling, dia orang paling teruja hari itu
Mak biasa siang ikan di dapur, hari ini bagi makan ikan di lautan
Gigi ikan laut agak tajam, jika anda berseluar pendek seperti saya, doakan yang terbaik. Ikan itu akan melukakan kaki anda dan melakukan serangan hendap beramai-ramai attack tempat luka
Pulau kecil ditengah ialah Pulau Sapi, di kanan Pulau Manukan sebab naik bot ni akhirnya selfie holder patah akibat hentakan bekali-kali semasa perjalanan
OK ma, jom jalan lagi


Masjid Terapung atau masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Cantik dan seolah-olah terapung

Masjid Negeri Sabah

Masjid Negeri Sabah, kubah masjid ada corak keemasan
Pandangan waktu siang




Bangunan ini antara yang tercantik di Kota Kinabalu

Perjalanan pesisir pandai sejauh mata memandang


Selalu orang bergambar disini, saya pun berhenti untuk tujuan sama
Cantik sungguh pemandangan sepanjang Kota Kinabalu, utara ke selatan

See! Bagaikan dalam mimpi

Ada juga trek berbasikal sepanjang pantai
Mempersonakan

Adakah ini UMS?
Seterusnya kami menuju ke Muzium Sabah, rupa-rupanya ada Kampung Budaya Sabah yang terletak disebelah bawah lereng bukit muzium. Antara tarikan yang saya suka ialah keretapi di hadapan muzium. 

Dalam renugan saya, Muzium Sabah terletak di bahagian selatan Kota Kinabalu

Tiket masuk hanya Rm2, berbaloi-baloi. Terdapat juga kedai kraftangan yang menjual perbagai barangan menarik. Di dalam rumah-rumah kampung budaya, terdapat juga jualan barang hiasan dan gift untuk dibawa pulang. Harga ada dua, USD dan Rm, mengikut kira logik saya, bayar dengan Rm lebih murah.

Gerbang Muzium

Sebelum masuk posing sikit ya mama

Rangka seekor paus, besar bukan main lagi. Lebih besar dari yang dipamer di Jabatan Penyu dan Ekosistem Marin Dungun

Alatan pertanian di Sabah

Topi legend

Jangan sangka pedang itu barapa keppala sudah dipenggal. Saya tak perasan pedang ini untuk tujuan. Creepy

Keranda










Udang kara atau udang lipan?

Seperti udang lipan

Ketam batu?

Ini rare

 Ada pameran sudut sains di belakang muzium. Piano batu macam best

Setelah penat melawat pameran indoor. Kami menuju keluar muzium, agak keliru juga tangga untuk turun ke kampung budaya terletak di belakang kedai gift. Tangga agak tinggi dan curam.
lantai rumah kelihatan jarang, tapi buluh itu sangat keras dan kukuh

Jambatan gantung lagi!


Unik rumah mereka


Tasik teratai bunga indah

Rumah Cina, yang ini ingat sebab tanglung tergantung

Perahu unik

Dalam rumah brunei terdapat jualan gelang manik-manik

Lantai rumah


Mesin perah jus tebu. Ini betul-betul rare

Mama dah nampak penat

Senyum lagi mama, tapi nampak kepenatan


Rumah Suluk!



Train!

Sangat cantik!

Saya rasa ini keretapi wap, menggunakn arang batu untuk menggerakkan enjin



Gigantic bakul

Ini rumah kampung budaya melalui backdoor, kami surrender untuk berjalan, dan menaiki kereta untuk ke belakang kampung budaya


Wah mama!


Unik ukiran pintu masuk




Sebelum berlepas pulang ke Tanah Besar Asia, saya sangat teruja rupanya ada lintasan keretapi di hadapan airport. Apa lagi?

Laluan bersejarah

Selagi keretapi tak lalu, teruskan bergambar

Melukut di landasan

I always love to see any railway road intersection. Rasa nak lalu dengan kereta berulang kaliπŸ˜„

Lampu trafik menuju lapangan terbang!
Sebelum pulang, saya singgah di sebuah shopping mall baru, imago mall. Kebetulan terdapat tarian buluh. 

Akhir kalam, saya sematkan satu klip video sebagai tanda saya akan kembali lagi ke Sabah. Tempat yang cantik, orang peramah, senang berurusan, mudah tersenyum dan hati gembira. Pilihan untuk ke Sabah adalah satu pilihan yang tepat sebagai satu tempat percutian idaman. 

Saya akan kembali ke Sabah untuk mencuba menaiki keretapi pula. Pengalaman ini sangat berharga, tidak sama perasaannya jika kita rasai sendiri segala keindahan ciptaan ilahi. Semestinya 10/10 bintang! 🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟


Sabah part II Kota Kinabalu, Tamparuli, Masjid, Muzium dan Pulau Sapi

 Throwback driving along the street at Kundasang... Perjalanan turun dari Kundasang membawa kami ke satu tempat bernama Tamparuli. Kead...