Throwback driving along the street at Kundasang...
Perjalanan turun dari Kundasang membawa kami ke satu tempat bernama Tamparuli. Keadaan badan penat membuatkan kami berbelah bahagi untuk menuju ke Tamparuli kerana perlu masuk ke satu simpang dari jalan utama Kundasang - Kota Kinabalu.
Ku gagahi juga, membelok ke simpang menuju Tamparuli, ingin menyaksikan sendiri apakah Jambatan Tamparuli itu benar - benar gah seperti lagunya? Lokasi terletak bersebelahan Pasar Tamparuli, jambatan ini diguna untuk penduduk kampung menuju ke seberang jambatan tersebut.
Untuk feel lebih lagi, saya cuba nyanyikan lagu tersebut diatas Jambatan Tamparuli yang begitu cantik dan kukuh dijaga rapi. Ya sememangnya Jambatan Tamparuli gagah tersegam indah.
Ikan dibawah Jambatan Tamparuli adalah bawah akta perikanan yang dilindungi. Lepas balik dari Sabah baru saya buat research. Sebab itu bilangan ikan banyak!
Bait-bait lagu ini berkenaan seorang gadis terlucut kasutnya di jambatan ini. Sebenarnya lagu sedih tapi melodinya indah. Jambatan ini sangat tinggi dari paras sungai, kepada yang gayat, good luck!
 |
Beginning of the suspension bridge |
 |
Jambatan untuk laluan kereta mungkin tidak berpagar kerana mengelakkan kayu balak hanyut semasa banjir |
 |
Pandangan sisi |
 |
Nampak menarik, pisang tu montelnya |
 |
Kami sewa bilik di Tune Hotel.com, bilik kecil |
 |
Sebenarnya hotel ini berkongsi bangunan dengan shopping mall agak besar, 1 Borneo |
 |
Hadapan shopping mall 1 Borneo |
 |
Bersiap untuk ke pulau |
 |
Wajib naik bot disini untuk menuju ke pulau-pulau berhadapan bandar Kota Kinabalu. Jesselton Point. Susah nak ambil gambar sini adalah jalan utama laluan selekoh sempit dan banyak kenderaan |
 |
Untuk safety, ambil gambar di bahagian dalam Jeti |
 |
Imported? Nice |
 |
Hajat dihati terus terjun ke lautan untuk snorkeling. Sebab itu berseluar pendek. Pengalaman lepas, tak perlu tukar persalinan, pakaian akan kering sendiri sambil lepak tepi pantai |
 |
Jeti Jesselton memang cantik |
 |
Cuba agak ikan cermin sebesar pinggan siap dibakar cuma Rm12! Amazing |
 |
Besar, murah, fresh, sedap, hanya Rm12 |
 |
Pandangan Gunung Kinabalu dari Kota Kinabalu |
 |
Ini ialah Pulau Manukan, pulau ini bersaiz besar, tapi kelihatan cerun yang curam ke dasar laut. Untuk snorkeling, disarankan pergi ke Pulau Sapi, banyak aktiviti pantai disana. Terletak bersebelahan pulau Manukan |
 |
Kondominium bersebelahan Jesselton Point |
 |
Pulau Manukan |
 |
Pulau Sapi |
 |
Setalah dinasihatkan oleh penjual tiket, kami ke Pulau Sapi untuk beriadah |
 |
Cantik |
 |
Jeti Pulau Sapi |
 |
Air yang jernih |
 |
Crystal clear |
 |
Ikan bilis, anak ikan semua berenang bebas |
 |
Pulau Sapi |
 |
Tips, jika anda hendak melakukan aktiviti snorkeling, pastikan anda tiba awal di jeti, dan terus melakukan aktiviti snorkling, kerana, setelah beberapa jam berikutnya, kawasan pantai akan dipenuhi pelawat untuk snorkeling dan air akan menjadi sedikit kabur |
 |
Ikan karangan memang menanti ketibaan kami |
 |
Kali pertama bawa mak snorkeling, dia orang paling teruja hari itu |
|
Mak biasa siang ikan di dapur, hari ini bagi makan ikan di lautan
Gigi ikan laut agak tajam, jika anda berseluar pendek seperti saya, doakan yang terbaik. Ikan itu akan melukakan kaki anda dan melakukan serangan hendap beramai-ramai attack tempat luka
Pulau kecil ditengah ialah Pulau Sapi, di kanan Pulau Manukan sebab naik bot ni akhirnya selfie holder patah akibat hentakan bekali-kali semasa perjalanan
 |
OK ma, jom jalan lagi |
 |
Masjid Terapung atau masjid Bandaraya Kota Kinabalu |
 |
Cantik dan seolah-olah terapung |
 |
Masjid Negeri Sabah |
 |
Masjid Negeri Sabah, kubah masjid ada corak keemasan |
 |
Pandangan waktu siang |
 |
Bangunan ini antara yang tercantik di Kota Kinabalu |
 |
Perjalanan pesisir pandai sejauh mata memandang |
 |
Selalu orang bergambar disini, saya pun berhenti untuk tujuan sama |
 |
Cantik sungguh pemandangan sepanjang Kota Kinabalu, utara ke selatan |
 |
See! Bagaikan dalam mimpi |
 |
Ada juga trek berbasikal sepanjang pantai |
 |
Mempersonakan |
 |
Adakah ini UMS? |
Seterusnya kami menuju ke Muzium Sabah, rupa-rupanya ada Kampung Budaya Sabah yang terletak disebelah bawah lereng bukit muzium. Antara tarikan yang saya suka ialah keretapi di hadapan muzium.
Dalam renugan saya, Muzium Sabah terletak di bahagian selatan Kota Kinabalu
Tiket masuk hanya Rm2, berbaloi-baloi. Terdapat juga kedai kraftangan yang menjual perbagai barangan menarik. Di dalam rumah-rumah kampung budaya, terdapat juga jualan barang hiasan dan gift untuk dibawa pulang. Harga ada dua, USD dan Rm, mengikut kira logik saya, bayar dengan Rm lebih murah.
 |
Gerbang Muzium |
 |
Sebelum masuk posing sikit ya mama |
 |
Rangka seekor paus, besar bukan main lagi. Lebih besar dari yang dipamer di Jabatan Penyu dan Ekosistem Marin Dungun |
 |
Alatan pertanian di Sabah |
 |
Topi legend |
|
 |
Jangan sangka pedang itu barapa keppala sudah dipenggal. Saya tak perasan pedang ini untuk tujuan. Creepy |
 |
Keranda |
 |
Udang kara atau udang lipan? |
 |
Seperti udang lipan |
 |
Ketam batu? |
 |
Ini rare |
Ada pameran sudut sains di belakang muzium. Piano batu macam best
Setelah penat melawat pameran indoor. Kami menuju keluar muzium, agak keliru juga tangga untuk turun ke kampung budaya terletak di belakang kedai gift. Tangga agak tinggi dan curam.
 |
lantai rumah kelihatan jarang, tapi buluh itu sangat keras dan kukuh |
 |
Jambatan gantung lagi! |
 |
Unik rumah mereka |
 |
Tasik teratai bunga indah |
 |
Rumah Cina, yang ini ingat sebab tanglung tergantung |
 |
Perahu unik |
 |
Dalam rumah brunei terdapat jualan gelang manik-manik |
 |
Lantai rumah |
 |
Mesin perah jus tebu. Ini betul-betul rare |
 |
Mama dah nampak penat |
 |
Senyum lagi mama, tapi nampak kepenatan |
 |
Rumah Suluk! |
 |
Train! |
 |
Sangat cantik! |
 |
Saya rasa ini keretapi wap, menggunakn arang batu untuk menggerakkan enjin |
 |
Gigantic bakul |
 |
Ini rumah kampung budaya melalui backdoor, kami surrender untuk berjalan, dan menaiki kereta untuk ke belakang kampung budaya |
 |
Wah mama! |
 |
Unik ukiran pintu masuk |
 |
Sebelum berlepas pulang ke Tanah Besar Asia, saya sangat teruja rupanya ada lintasan keretapi di hadapan airport. Apa lagi? |
 |
Laluan bersejarah |
 |
Selagi keretapi tak lalu, teruskan bergambar |
 |
Melukut di landasan |
 |
I always love to see any railway road intersection. Rasa nak lalu dengan kereta berulang kaliπ |
 |
Lampu trafik menuju lapangan terbang! |
Sebelum pulang, saya singgah di sebuah shopping mall baru, imago mall. Kebetulan terdapat tarian buluh.
Akhir kalam, saya sematkan satu klip video sebagai tanda saya akan kembali lagi ke Sabah. Tempat yang cantik, orang peramah, senang berurusan, mudah tersenyum dan hati gembira. Pilihan untuk ke Sabah adalah satu pilihan yang tepat sebagai satu tempat percutian idaman.
Saya akan kembali ke Sabah untuk mencuba menaiki keretapi pula. Pengalaman ini sangat berharga, tidak sama perasaannya jika kita rasai sendiri segala keindahan ciptaan ilahi. Semestinya 10/10 bintang! ππππππππππ
No comments:
Post a Comment