Saturday, 21 October 2017

A Bountiful of joy at Kota Kinabalu Pasar Kraftangan, Kundasang, Gunung Kinabalu, Ranau, Luanti Fish Spa & Sabah Tea

Sabah, the land below the wind. Tiada bait-bait kata boleh menggambarkan keindahan negeri ini. Kalau sebelum ini hanya melihat melalui kalender dan TV, akhirnya saya menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini.

Terletak di utara kepulauan  Borneo, Sabah menggamit kenangan saya di Pulau Langkawi, yang mempunyai jajaran lautan yang indah. Seperti Cameron Highlands gunung-ganang yang memukau, dan pelbagai perasaan bercampur-baur ketika berada disana.

Muka excited tidur tak lena masing-masing
Jangan lupa ambil gambar tempat pakir kereta



The moment!

Tak sabar berlepas, menantikan makanan yang dipesan

Berada 33000feet dari aras laut / 10Km atas udara memang trigger kelaparan

Bebas cukai, tiada kerajaan di udara
Briyani sedap!

Roasted Chicken terbaik! Mula belajar makan bila melihat orang cina selalu pre-order. Bila cuba susah nak lupa!  

Tiba di bumi bertuah Sabah

Masih lapar, kami pusing sekitar Kota Kinabalu, nampak macam kedai mamak, tapi kedai bumiputera.

Sedap!

Sebelum check in hotel, kami singgah ke Pasar Kraftangan, kebetulan masih buka. Terus membeli-belah, yang tertinggal, duit

Tukang jahit masih beroperasi di pinggir pasar kering

Suasana yang saya rasa sudah tiada di Semenanjung

Main entrance

Saya dan mak terchenta 💕

Ya beginilah terbeliak biji mata kami memerhatikan kerepok amplang yang lazat dijual berskala besar. Kami keliru mahu beli dimana, last decide, siapa yang bagi sample banyak dan layan lebih, kami borong disitu

Mana?

Pasar menempatkan sayur-sayuran, satu yang unik, mereka mahir menyusun barang jualan mengikut komposisi warna supaya nampak menarik

Macam dalam gambar! Tapi saya disitu

Besar

Petola terlebih baja agaknya


Saksikanlah bekalan telur untuk seluruh Kota Kinabalu agaknya

Surprise! Besar betul buah kelapa

Mutiara berjuraian
Moment sebelum landing, betul kata orang, seperti mahu mendarat diatas lautan, rupanya tidak. Airport terletak ditepi laut

Keesokkan harinya, trip pertama saya menuju ke Kundasang, kaki gunung kinabalu. Selepas solat subuh, kami bergegas ke sana. Kerana gunung Kinabalu ialah gunung pemalu.  Apabila terik sinar matahari pagi memancar, puncaknya terus akan diselimuti kabus sehingga malam berlabuh. 

Pandangan pertama gunung Kinabalu, agak keliru adakah itu dia?


Indah sungguh ciptaan ilahi, rupanya perjalanan kami  dengan kereta mendaki ke kundasang, mengelilingi Gunung Kinabalu. Jadi bentuknya berubah mengikut lokasi kita berada

Itukah cinta?

Nampak tirus dari sisi, keliru lagi inikah Kinabalu?

Redah kebun sayur orang. Sangat berisiko tinggi
Nice storage by the hill

Kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar bersama puncak Kinabalu, risau kabus melitupi puncaknya

Pekan Nabalu, ada tempat membeli-belah disini


Lain padang lain belalang, nama tempat yang unik

Tersergam indah gunung seluas mata anda memandang

Jalan raya sepanjang perjalanan sangat baik, lebih kurang jalan Simpang Pulai-Cameron

Pandangan sisi Gunung Kinabalu



Memeluk mak saya, dengan erat


Adik kirim kek dari Kemaman Terengganu untuk kami sarapan disini

Kek marble ini yang paling sedap di dunia yang saya pernah makan. Tak pernah jemu makan kek ini, Terima kasih adikku eja '0189090870' bake by request, gigih dia menjual kek semoga murah rezeki dan kek ini dapat permintaan tinggi
Kubis panjang legend Kundasang

Pokok kubis lagend!

Kampung di pinggir Gunung

Perjalanan ke Desa Dairy Farm

Kampung di Kundasang

Breathtaking view

Kerana tiba terlalu awal, saya terpaksa tunggu, apa lagi, bergambar sakan


Sama macam dalam kalender!

Depan pintu masuk


Perlu improvement, buka terlalu lewat, jam 9 pagi, matahari terbit jam 6


Ada bahagian jalan raya merekah saya percaya kesan gempa bumi
bagaikan lukisan



Patut tak nampak kat padang, perhimpunan rupanya


Anak lembu New Zealand





War Memorial menyesal tak naik, sebab kami kepenatan

Nasi lemak ayam pasar pagi kundasang. Makan dalam kereta mengadap Gunung Kinabalu. Feeling masa tu priceless
Seterusnya kami menuju ke Ranau Sabah, 45 minit dari Kundasang ke arah timur dan perjalanan menuruni gunung. Ranau agak panas jika dibandingkan dengan Kundasang beriklim dingin. Kami terus menuju ke Luanti Fish Spa. Ada bayaran dikenakan, tapi kami bernasib baik, ketika itu, hanya bayar Rm5 seorang dewasa.


Ini di Ranau, perjalanan turun dari kundasang ke arah timur Sabah. Hampir sejam juga baru sampai di sini dari Kundasang

Luanti Fish Fish Spa Sabah


Ikan akan menghisap kaki anda. Tidak perlu risau, tiada gigi, hanya mulut dan bibir ikan


Selepas berpenat-lelah bermain bersama ikan kelah. Saya terus menuju ke Sabah Tea Plantation terletak bersebelahan Fish Spa
Entrance Sabah Tea

Kilang memproses tea, tidak beroperasi semasa kami di sana

Menuju ke Cafe

Ice-cream Green Tea sedap dan unik

Nun di sana Gunung Kinabalu

Union Jack



Di pekan Ranau, tedapat sebatang sungai yang mengalir deras, airnya sejuk dan penuh dengan batuan



Setibanya dari Ranau - Kundasang, waktu tengahhari dan puncak Kinabalu sudah dilitupi awan

Pasar sayur di bulatan Kundasang

Agihan barang jualan. Terdengar juga bargin mereka Rm10 Rm15 Rm25, murahnya!

Perjalanan turun ke Kota Kinabalu ditemani awan hujan dan jalan licin

Kinabalu Park


Saya akan sambung perjalanan saya di Sabah dalam post yang seterusnya, kerana terlalu banyak lokasi dan gambar menarik untuk dikongsi bersama. Setakat ini pengalaman saya seindah 10/10 bintang 🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟


No comments:

Post a Comment

Sabah part II Kota Kinabalu, Tamparuli, Masjid, Muzium dan Pulau Sapi

 Throwback driving along the street at Kundasang... Perjalanan turun dari Kundasang membawa kami ke satu tempat bernama Tamparuli. Kead...