Tuesday, 17 October 2017

Opening Hours Muzium Perak

Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883.

Senibina bangunan muzium ini adalah sangat mempersonakan di pengaruhi senibina Inggeris.
pameran luar  dan dalam muzium agak sarat dengan bahan-bahan pameran.
Jom lihat apa yang menarik di dalam muzium ini
Pandang tak jemu, another beautiful architecture
Tiket? Jangan risau kerana kadar yang dicaj adalah minima dan berbaloi-baloi. Hanya Rm1 - Rm2, ikut kategori.  Di anjung tengah muzium ini terdapat kedai cenderamata, paling istimewa harga tidak mahal dan barang jualan yang menarik. Next, barang pameran di luar muzium.
Anda juga bakal disambut oleh sebuah kubur purba di hadapan muzium
Keretapi stim

Keretapi antik

Made in England

1897!




Rasanya kereta Menteri Besar atau Sultan Perak
Cuba teka kereta apakahkegunaan kenderaan ini? Jawapan. Sila berkunjung ke muzium Perak, dapatkan jawapan disana



   
Pameran luar dah lihat, jom kita saksikan pameran bahagian dalam muzium. Bahagian dalam dipenuhi dengan beberapa ruang pameran. Ruang utama biasanya diadakan pameran bertema.

Ruang kedua koleksi binatang diawet, ketiga hidupan air diawet, dan seterusnya ruangan kebudayaan dan di tingkat atas ialah berkenaan orang asal Perak dan banyak lagi.

Haiwan yang diawet di muzium ini dijaga rapi


Terpesona, besar rupanya kerbau

Spesis Ikan jerung


Lupa ikan apa,sila ke muzium dan tinjau ikan ini

Tekad/Tekat tak pasti ejaan, seni sulaman benang emas yang halus



Kini tekad digunakan dalam majlis perkahwinan

Orang asal Semenanjung Malaysia

Macam hidup

Musang pandan? Sebab berbau wangi seperti pandan



  • Overall, Muzium Perak memang tempat wajib untuk dilawati. Banyak ilmu pengetahuan dan bahan sejarah berguna disini. Maaf saya tidak mengambil gambar keris / keranda tempayan / tengkorak untuk mengelakkan perkara mistik berlaku. 
  • Saya bagi 9/10 bintang untuk Muzium Perak. Terbaik!




No comments:

Post a Comment

Sabah part II Kota Kinabalu, Tamparuli, Masjid, Muzium dan Pulau Sapi

 Throwback driving along the street at Kundasang... Perjalanan turun dari Kundasang membawa kami ke satu tempat bernama Tamparuli. Kead...