Tuesday, 17 October 2017

Opening Hours Bukit Larut Maxwell Hill

Bukit Larut which was formerly known as Maxwell Hill is the oldest hill resort in Malaysia. Di teroka pada tahun 1884 oleh William Edward Maxwell, Assistant British Resident, Perak. Dulu kala orang Inggeris nak tinggal di tempat sejuk. Maka mereka membina rumah-rumah banglo di puncak Bukit Larut.

Beza suhu antara 10 - 25°C merupakan kawasan paling yang menerima tadahan hujan paling tinggi di Semenanjung Malaysia. Kepada mereka yang suka termenung melihat keindahan alam semulajadi, tempat ini memang sesuai. Kebanyakkan yang datang, cari satu tempat viewpoint dan menikmati pemandangan indah bertemankan angin dingin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Datang awal untuk booking. Paling lewat 6.45pagi. Tunggu trip pertama ke puncak. Waktu naik dan turun adalah terhad dan mengikut bilangan Land Rover sebuah atau dua buah naik serentak. Bergantung kepada jumlah pemandu dan jumlah pelawat. First come first serve basis.

Kepada penyewa banglow, anda akan diutamakan untuk ke puncak. Kalau barang banyak, nanti ada tow belakang Land Rover tu. Jangan lupa bawa torchlight, borak-borak dengan penyewa, selalu blackout. 

Ini merupakan kali ke-3 saya ke Bukit Larut, saya kongsikan gambar-gambar menarik di sini. 

Papan tanda legend! Bukti betapa banyak taburan hujan tahap maksima
Lepas register, bayar Rm6 seorang, sila tunggu disini

Let the journey begin

Kolam depan tempat menunggu, fresh water free flow dari atas mengalir hingga ke longkang pejabat

Personal car, no entry

Cerun dan selekoh yang curam membuatkan Land Rover Defender adalah pengangkutan paling layak untuk ke puncak
Seterusnya jom daki ke puncak, gambar gegar 'maafkan saya'. Yang penting kalau naik dengan group sporting, memang akan jerit-jerit bila selekoh tajam atau curam.
Agak-agak 45° tak kecerunan ni?

Ramai akan joging hingga 5km pertama. Ada juga yang gigih joging hingga ke puncak

Curam seram

Bila selisih kereta memang kena extra careful. Jalan terlalu sempit. Hilux TM tu

Senyum dalam seram, senyum seram

Anda mampu?

Land Rover sini memang handsome

Operasi mengutip dan mencari pelawat sebelum turun, ada yang gagal dikesan sebab lepak terlalu jauh dan tidak patuh masa



Bila sampai atas, ada pening sikit, tapi satu kepuasan and we enjoyed the trip. Di puncak keadaan sangat tenang, sunyi, cuma ada bunyi unggas dan kicauan burung-burung. Sungguh mendamaikan, rasa seperti berada di tempat yang asing dan bahagia. Hilang segala kekusutan dalam fikiran.

Land Rover akan drop anda disini

Sign board di puncak clear pulak.

Ayahanda bonda

Yang group belakang tu lepak atas sikit lagi, dapat clear view part of Penang, Taiping dan Selat Melaka

Bawah tu Taiping


Banglo kosong, banyak kelawar. Entah mengapa dikosongkan, mungkin ada sebab tertentu

Ini tandas awam, cantikkan?


Sejuk dan nyaman seperti dalam gambar


Bandar Taiping di kejauhan

Hutan konifer 'ejaan kurang pasti'

On the way turun

Clear view of Taiping Mall



Kami turun dulu!

Kafe di sebelah ni dibuka sekarang. Tidak pasti masih beroperasi atau tidak

Unik


Salah satu banglo untuk disewa

Beautiful panoramic view

 Jambatan gantung











Tandas belakang cafe ni




Dalam tandas 
Taman jambatan gantung



Banglo tidak berkunci, terus posing

Agak mewah suasana dalam banglo. Mungkin yang ini dalam proses baikpulih

Tempat naik/turun penumpang



Sihat betul pokok ni

Mata air entah dari mana munculnya

Formasi batuan yang menarik






Secara keseluruhannya, tempat ini sangat cantik dan mendamaikan. Mungkin perlu dilakukan penambahbaikan untuk memastikan tempat ini terpelihara dengan lebih baik lagi. Terima kasih kepada NGO yang menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk menanam pokok bunga. Saya bagi 7/10 bintang. Bukit larut dihatiku.




No comments:

Post a Comment

Sabah part II Kota Kinabalu, Tamparuli, Masjid, Muzium dan Pulau Sapi

 Throwback driving along the street at Kundasang... Perjalanan turun dari Kundasang membawa kami ke satu tempat bernama Tamparuli. Kead...