Friday, 20 October 2017

Opening Hours Masjid Buluh dan Istana Lama Perak

Sepanjang perjalanan di Negeri Perak, pasti anda akan melalui kawasan bersejarah. Salah satunya hanya terletak di tepi jalan utama Taiping-Kuala Kangsar. Nama popular Masjid buluh. Manakala Istana Lama, atau Istana Kenangan terletak bersebelahan istana baru di Kuala Kangsar.

Di Perak, anyaman dinding buluh dikenali sebagai 'tepas' merupakan satu corak yang unik dan  tahan lama.

Istana Lama Perak ditutup kepada orang awam kerana sedang menunggu tender untuk 'restoration' keseluruhan bangunan seperti yang dilakukan di Masjid buluh.
 
Masjid lama ini dikenali dengan nama masjid Ihsaniah Iskandariah yang terletak di Kuala Dal, Padang Rengas, Perak. Menurut rekod, masjid ini dibina pada tahun 1936 dan dirasmikan oleh Sultan Perak ke-30 pada tahun 1938.

Saya telah berkunjung 3kali ke masjid ini, namun belum berkesempatan untuk masuk ke bahagian dalam masjid. Begitu juga dengan istana Lama Perak yang diperbuat dari anyaman buluh.
Istana Lama Perak

Masjid Buluh Perak. Baru sahaja siap dibaik pulih
Oleh kerana keterujaan saya untuk masuk ke dalam kawasan istana, saya mohon dengan pak guard untuk masuk dan mengambil beberapa gambar di dalam kawasan istana lama.

Sangat cantik dan memukau sesiapa sahaja yang memandangnya

Pak Guard kata bahagian dalam istana sudah dikosongkan untuk tujuan baikpulih

Perfection


Cantik!

Penuh dengan ukiran dan anyaman tepas

Close-up



Antara insan yang bertuah memiliki tangan emas membaikpulih masjid. Rokok tu abu panjang, betapa syok mewarna

Awesome

Mewarna part luar bangunan, cuaca panas, namun anda tetap hero


Siap sepenuhnya!
Untuk pengalaman menyaksikan bangunan bersejarah ini dengan mata kepala sendiri saya bagi 10/10 bintang!





No comments:

Post a Comment

Sabah part II Kota Kinabalu, Tamparuli, Masjid, Muzium dan Pulau Sapi

 Throwback driving along the street at Kundasang... Perjalanan turun dari Kundasang membawa kami ke satu tempat bernama Tamparuli. Kead...